
SENAMAN TUASenaman Tua (ST) berasal daripada Silat Melayu dan pergerakannya dari 'disiplin tradisi gerak', serta menjadi amalan guru-guru tua baik lelaki mahupun perempuan. Senaman Tua disampaikan sendiri oleh Azlan Ghanie (Penerbit Majalah SENI BELADIRI) yang telah menemui lebih 200 guru sama ada silat dan bukan silat.Atas amanah, Senaman Tua yang di perolehi di perturunkan agar dapat terus di pelihara untu di sambung oleh generasi seterusnya.Matlamat Senaman Tua (Silat Melayu) ini untuk memastikan pergerakan tradisi tidak pupus, berkembang segar dan mengenali budaya tua Melayu. Senaman Tua di buka kepada semua golongan bangsa, kakitangan kerajaan, korporat, pelajar IPT, atlit sukan termasuk wanita, khasnya untuk kesihatan, kekuatan dalaman dan beladiri.   UNTUK MAKLUMAN: Azlan Ghanie mengajar di Setapak, Sg. Buloh, PERKESO, Shah Alam, MAS Subang & UPM Serdang.
|