Newsflash

Tawaran Pautan Bersama Laman Web SB: Sila emailkan alamat laman web perguruan/pertubuhan anda ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .
 
Laman Utama arrow Koleksi Majalah SB 2007
Koleksi Majalah SB 2007


Koleksi SB 2007 PDF Print E-mail

JANUARI 2007 (BIL.110)

Jan07
  • Tak cari musuh, tapi sahut jika dicabar. Pak Long Amin pernah dikepung oleh samseng ketika di Seberang tetapi…m/s 4.
  • Pahlawan Melaka Pantang Undur. Bukti sudah terbukti, bila peristiwa tidak diingini berlaku dalam perhimpunan pendekar di negeri itu…m/s 9.
  • PAHANG TERUS UNGGUL di kejuaraan kebangsaan. Pesilat dari negeri Mat Kilau membuktikan mereka bukan senang ditewaskan tahun ini…m/s 12.
  • Malendragem. Soldado berkunjung ke Malaysia untuk mengupas permainan rahsia capoeira…m/s 15.
  • Pupus: Silat iringi kung fu dan jujitsu. Satu analisa untuk dibicara…m/s 24.
  • Gayang Lian; Pengaliran semangat pejuang Pahang diserapi…m/s 34.
  • Cara buang teman. Ada 1001 cara untuk memutus hubungan dengan teman yang tidak berguna…m/s 36.
  • ERWIN: Tiada istilah teknik rahsia…m/s 38.
  • Ngah Ibrahim. Kerinduan 111 tahun berakhir dengan kepulangan…m/s 46.
  • Atasi peragut rantai. Teknik dari Setiabakti dalam menangani…m/s 52.
  • Senaman Tua. Senaman moden boleh membunuh?...m/s 54.
  • Dolph Lundgren. Terkena badi Schwarzernegger?...m/s 60.
  • Pak Teh: Suara dari berumur panjang…m/s 62.

FEBRUARI 2007 (BIL.111)


feb07
  • Cikgu Soh akui Silat Sekebun atau Silat Sutera Kusut yang dibawa oleh pahlawan Pahang telah membawa era baru di negeri itu...…m/s 4.
  • ATMA enggan kalah di gelanggang sendiri...m/s 12.

  • Konvensyen Silat Kebangsaan 2006 bukti guru masih boleh bersatu dan duduk semeja walaupun...m/s 16.
  • Salahkah beramal khadam? Isu yang hangat diperkatakan. Adakah bulan ini jawapan kepada isu itu?...m/s 20.
  • Fuad sembang mengenai perangai tidak sedar yang dicakap dan dibuat bawa kesesatan…m/s 28.
  • Mentera 69 Komando; Gerak Tari Gayung Perang buat pertama kalinya diwujud khas tatapan Raja Melayu…m/s 35.
  • Beladiri Wanita dalam satu kajian, bila berdepan penjenayah, sebaiknya melawan jangan merayu…m/s 36.
  • Spencer Rabey starts to save money…m/s 38.
  • Farah Putri dulu suka cari nahas…m/s 42.
  • Bera buktikan mereka jaguh di Kejohanan Silat Olahraga MSSM & PESAKA Pahang 2006…m/s 46.
  • Aurat dalam pencak silat; Pak Teh buka cerita;  Anggota badan berbalut dengan cantik, segak dan anggun. Tetapi mengapa kaki dibiarkan bertelanjang bulat diwaktu berpencak? Kata orang tua-tua ianya tidak cacat. Malah disitulah (iaitu kaki) kemuliaan ketika berpencak silat. Ikuti kisahnya…m/s 54.
  • Chuck Norris agresif dalam kelembutan…m/s 60.
  • Wesley Snipes hanya pakar di layar perak…m/s 63.
  • Berita Terkini: Guru Dahlan Karim (Setiabakti), guru Mazlan Haji Hashim dan Master Ang Kee Wah telah dianugerahkan  Tokoh Penulis  Dunia Beladiri 2006 oleh majalah SENI BELADIRI.

MAC 2007 (BIL.112) 

 mac07

    • Sendeng Jebak Purba; Memerangkap & mengumpul untuk menjadi satu. Perjalanan Guru Samdin menuntut ilmu…m/s 4.
    • Ee Thong Qi Gong warisan Islam dari China yang bertapak di Malaysia, bersayap ke dunia…m/s 10.
    • Bersatu Dalam Seni Beladiri agenda menjadi liputan mengenai perjumpaan dan siding akhbar MAGMA. Guru-guru turut beri pandangan…m/s 15.
    • Siapa sebenar perosak…satu ulasan daripada pandangan Zulkipli Haji Ismail mengenai Part Time Lover…m/s 20.
    • WMAC cari ahli berjiwa kental; sebuah gym di anggap khas kepada mereka yang minat ilmu beladiri…m/s 22.
    • Md Radzi tetap bersalah – Ramlee.  Ikuti wawancara eksklusif mengenai penggantungan ahli Md Radzi atas tuduhan mencabul gadis remaja…m/s 24.
    • Korban buaya hayati kisah atau pengalaman seorang wanita yang merelakan diri dirakam…m/s 36.
    • Pulih sikap sebelum terima rahsia pahlawan Melayu dulu ada cara tersendiri dan dalam menuntut persediaan mati di dahulu dengan…m/s 40.
    • Farezza Rashid tetap orang silat walaupun capoiera mengubah hidupnya. Kenapa?...m/s 42.
    • Marah nyamuk jangan kelambu dibakar Pandangan kepada isu senaman moden membunuh…m/s 46.
    • Carilah teman yang benar-benar teman. Bulan ini Pak Teh buka kisah warna pakaian; “Hitam pelindung kepada putih”…m/s 54.
    • Senaman moden, senaman rojak Sesudah mendengar aduan dan kajian, Azlan Ghanie harap senaman tradisional di pelihara…m/s 56.
    • Ninja dihidupkan dalam khayalan bukan semangat Barat bersikap berbeza dan sebalik dari Jepun yang berusaha memelihara ilmu ninja…m/s 60.

APRIL 2007 (BIL.113)

 Active Image

  • Silat Tua Guru Zainal tidak sangka apa yang di katakana oleh guru tomoi, Yong, adalah benar bila guru itu mendakwa silat tari itu bagus hanya ramai orang Melayu tidak tahu…m/s 4.
  • Shorinji Kempo mulanya ramai tidak yakin dengan ilmu, tetapi bila dibuktikan selepas di cabar, beladiri ini terus berkembang dengan pesat…m/s 14.
  • Isu bukan hendak di hangat tetapi…beberapa isu yang telah di dedahkan telah membuat juga pembaca ‘terangkat’. Ada yang senyum, marah dan mengugut…m/s 19.
  • Mencari roh silat… apa yang di maksudkan oleh Kapten Thair? Beliau membuka sejarah dan pengalamannya…m/s 20.
  • Bersilat dengan mentaliti Barat… Pak Ariffin berkata demikian dalam satu pertemuan…m/s 23.
  • Tiada cabaran, cabaran di tutup. Ikuti wawancara eksklusif dengan Syed Abdullah yang akhirnya ‘mengalah’ kerana tiada siapa mencabar…m/s 24.
  • Bukti dulu sebelum dakwa… Pesilat perlu membuat kajian kerana ini adalah trend sekarang. Dengan kajian akan membuahkan jawapan…m/s 28.
  • Wanita; Suhaizy berkata lelaki wajar jujur dengan wanita yang di saying…m/s 30.
  • Cawat besi? Jika kuncinya hilang? Isu yang perlu di renung setelah seorang tokoh agama mahukan ia di kaji laksana semula…m/s 36.
  • Belajar beladiri hanya sia-sia menurut Islam? Satu isu yang ‘mencabar’ pesilat bila seorang ustaz berkata demikian dalam satu ceramah beliau di Kuantan. Namun isu ini perlu di bicara dengan sebaik mungkin…m/s 40.
  • Mustakim & Salina; sudah merancang perjalanan untuk matlamat dalam dunia persilatan mereka…m/s 42.
  • Guru silat jangan memandai dengan agama; kata Saiful Muhammad kerana berpendapat bukan semua guru silat ahli dalam bidang agama…m/s 46.
  • Rahsia berundur & guru antara guru; Pak Teh menghuraikan isu itu untuk di fahami oleh remaja masa kini…m/s 54.
  • Wang Yu membuat anak muda tergoda…m/s 60.
  • Ti Lung yang pernah di lupai…m/s 64.

 



MEI 2007 (BIL.114)

 Active Image

 

  • Guru Tuk Baharom Silat Selendang Merah; curahkan kisah beliau yang mulanya tidak minat silat walaupun di dedah sejak kecil melalui seorang yang di panggilnya ‘datuk’...m/s 4.
  •  Malaysia mula cabar Korea; atlit taekwando sudah bersedia untuk berdepan dengan penguasa dunia…m/s 12.
  • “Saya akan turun padang”- Marwi; ikuti satu lagi wawancara eksklusif SB dengan guru utama silat Cekak Hanafi…m/s 15.
  •  Melayu, Semangat dan Realiti; Azlan Ghanie mengenai siapa Melayu. Pandangan Barat. Hubungkait semangat dan reality…m/s 19.
  • Dari Sentul ke Renaissance; “Kita tidak mahu anak-anak muda kita ini lupa pada seni dan budaya mereka. Tok Nik kita main ini sejak dari dahulu lagi. Menjadi alat kepada wasilah…”…m/s 20.
  • Kenapa Jadi Begitu? Kebatinan dalam silat menjadikan langkah: tidak melangkah, melangkah ke depan dan langkah mengundur…m/s 24.
  • Bukan mudah mahu berubah; Pengakuan ikhlas wartawan bila sudah bekerja. Apatah lagi dengan majalah SENI BELADIRI…m/s 28.
  • Lemah Minda; Master Suhaizy buka topic itu untuk menyampaikan pandangan beliau…m/s 30.
  • Kota Bharu bawa kami ke Cape Town; Kisah bersiri perjalanan ke Afrika Selatan dari penerbit Azlan Ghanie…m/s 34.
  • Buku SILAT TUA sumbangan Nigel Sutton; Wawancara eksklusif dengan penulis terkenal dari UK mengenai buku itu…m/s 38.
  • Wanita dilahir untuk menjadi mangsa? Ahmad Fuad membuat kajian hingga ke rumusan demikian? Baca baru tahu…m/s 40.
  • Siapa sebenarnya pejuang, siapa sebenarnya pahlawan? Satu rencana dari kolum Jangan Tak Cakap mengenai survival …m/s 46.
  • Biar banyak serumah jangan banyak rumah; Pak Teh terus menari penanya untuk mencurah pengalaman dan pengetahuan dalam topik yang indah ini…m/s 54.
  • Jason Statham: Definisi baru Hero di Hollywood; Statham hidupkan kembali gaya hero yang macho dan tanpa perasaan…m/s 60.

 

JUN 2007 (BIL.115)

 Active Image

 

 

JULAI 2007 (BIL.116)

 Active Image

 

OGOS 2007 (BIL.117)

 Active Image

 

SEPTEMBER 2007 (BIL.118)


Active Image


OKTOBER 2007 (BIL.119)


Active Image

BIL 119 – OKTOBER 2007

  • Pak Anang pewaris Silat Muslihat Ponggok – kisah asal perguruan bergomol dengan beruk sebelum dapat ilmu silat. Juga sering di cabar musuh hingga satu hari mencabar musuh mematah jarinya…m/s 4.
  • Wushudao rencana jatidiri kanak-kanak sekolah – Master Wong ilhamkan seni beladiri dari wushu Cina digabungkan dengan pelbagai teknik yang terbukti efektif untuk cipta seni beladiri yang kini jadi kegilaan remaja sekolah...m/s 12.
  • Yang di katakan perjuangan – Azlan Ghanie mengupas dan meluahkan perasaan wartawan yang perjuangkan semangat cintakan negara...m/s 19.
  • Dalam perjuangan untuk semua – Sambungan cerita penerbit ’Human Weapon’ buat penggambaran Silat Gayong, Perguruan PIKUM, Lian Padukan, Silat Harimau dan Lok 9 turut terlibat...m/s 20.
  • Adat dan Perlambangan – Pendita Anuar Wahab mengulas serba sedikit tentang adat-adat dan perlambangan yang wujud dalam silat Melayu...m/s 22.
  • Perfect Strike Part 3 – Papar teknik-teknik tendangan kaki yang sempurna daripada Master S. Suhaizy...m/s 30.
  • MAGMA Tumpuan Dunia – Majlis Sokeship World Head of Family mahukan lebih ramai golongan guru utama dan guru tua dari negara ini di tonjol ke peringkat antarabangsa…m/s 35.
  • PERSISI makin ke depan dan canggih – Tinjauan wartawan SB mendapati pesilat Kota Singa sudah bersedia untuk Kejuaraan Silat Sedunia 2007 di Pahang...m/s 36.
  • Melangkah tanpa toleh – Muhammad Akmal Halim patut jadi contoh remaja yang pantang mengeluh. Ikuti biodata personaliti kali ini …m/s 42.
  • Pak Teh bagi amanat terakhir, bila ruang sempit dan masa terhad – Ikuti cetusan rasa orang tua-tua dalam siri terakhir ruangan Pak Teh Haji Ramli…m/s 54.
  • Transformasi akhir – Muhammad Ali bila disahkan mengidap sindrom Parkinson…m/s 64.


NOVEMBER 2007 (BIL.120)


Active Image

BIL 120 – NOVEMBER 2007

  • Guru Mat Dian Md Ibrahim – pertahankan tari dalam Silat Terlak Tunjai 12 kerana ianya warisan sebenar bangsa dan tanpa seni, pincanglah silat…m/s 4.
  • Mat Seman ‘Kipas Lanun’ Nook Kok – Peninju yang pernah mengalirkan air mata kesedihan di gelanggang sukan muay thai. Mengapa? …m/s 12.
  • Sudah tiba masanya guru-guru di tampilkan – Azlan Ghanie bangkitkan kata-kata orang tua-tua, “yang kita itu wajib, yang orang tua itu perlu” sebagai renungan bersama...m/s 19.
  • Merayu jangan cederakan hos – Penerbit ‘Human Weapon’ risau pesilat Gayong akan ‘berkasar’ dengan para pelakon selepas tengok cara latihan silat di Malaysia …m/s 20.
  • Persaudaraan Setia Hati Singapura – PCikgu Aeji Al Haj Karma menuntut ilmu Setia Hati untuk kesedaran dan keinsafan…m/s 35.
  • Badik, senjata peribadi untuk yang di sayangi – Pkolum senjata Melayu kembali lagi untuk tatapan pembaca…m/s 54.
  • Rahsia dalam tengok – Tips sukan tempur kelolaan Azlan Ghanie dalam bagaimana tengok langkah, tangan, mata dan gerak lawan…m/s 59.
  • Jaguh kungfu mabuk – Jackie Chan gantikan Bruce Lee sebagai hero orang Cina tetapi beliau sendiri susah hendak ada pengganti kerana terlalu istimewa di hati peminat …m/s 60.
  • Wira yang di takdirkan – Salahuddin Al Ayyubi tidak pernah bermimpi menjadi wira tetapi harapan umat  Islam tentang kemunculannya sudah berlaku seratus tahun sebelum kejayaannya menawan Baitul Maqdis… m/s 63.


DISEMBER 2007 (BIL.121)

Active Image

BIL 121 – DISEMBER 2007

  • Pakwe Isa Silat Cekak Minangkabau waris ilmu Pendekar Mat Dahan yang pernah elak tikaman 100 lembing dari empat pendekar. Asalnya ingin berbakti, tetapi hendak diuji dan dicabar kehebatan. Akhirnya di sahut dan di bukti …m/s 4.
  • Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13; Vietnam timbul, Indonesia terus tenggelam. Bapak Eddie mendedahkan kenapa jadi begitu...m/s 12.
  • Suruh cucu ke Malaysia; Kenapa penerbit berkata begitu, kepada siapa dan di mana? Ikuti hujah-hujah beliau …m/s 19.
  • Takut keris, raung kena sepak; Kisah benar berlaku dalam penggambaran. Menjadi hos tv tidak susah tetapi bila mengetahui sesuatu yang enggan di ketahui dan melakukan yang baru…terjadilah satu episod lain. Keris enggan digenggam betul dan enggan lagi menerima ujian… ikuti kisah eksklusif ini…m/s 20.
  • Pencak Pokolan Bawe’an; Guru Abdul Kadir sentiasa tersenyum dan walaupun silat makin di komersialkan, tetap pegang kepada cara permainan warisan iaitu pencak pedang dan pukulan Bawean daripada ayah beliau …m/s 35.
  • Kejohanan Wushu Kebangsaaan; Prestasi terkini atlet-atlet dalam kejohanan tersebut bayangkan Malaysia sudah bersedia untuk ungguli Olimpik Beijing 2008...m/s 42.
  • Badik, senjata peribadi untuk di sayangi; dari luar sedap mata memandangnya tetapi di dalamnya besi yang tajam dan bias. Ada badik dibuat guna mata keris dan ada badik boleh hilang bila di tapak tangan …m/s 54.
  • Kesan dan rahsia Ultimate Warrior; Tips sukan tempur kelolaan Azlan Ghanie melihat kejuaraan Ultimate Warrior dari pelbagai sudut. Kenapa di ungguli muay thai? Adakah mereka lebih hebat atau bernarkah cakap-cakap mengatakan Ultimate Warrior memang beri kelebihan kepada pengamal sukan beladiri tersebut? …m/s 59.















 
(C) 2008 Seni Beladiri - Unity Through Martial Arts
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Penafian : AGM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa