KOLEKSI MAJALAH SB 2005JANUARI 2005

- Kenapa Andak Chia minta tunggu sampai 3 kali? Kisah beliau cukup menarik dan setiap kata nasihatnya bawa mesej untuk renungan…m/s 4.
- Ayah guru Zul bukan calang-calang orang. Beliau juga seorang guru yang membuka gelanggang depan rumah. Tangan cukup ‘bisa’. Dengan jurus sahaja tiang elektrik terbelah dan dengan bertepuk, api yang menyemarak padam. Tetapi, guru Zul mengembang silat dengan penuh kepayahan…m/s 7.
- Master Mark Koh adalah poomse master. Anak-anak buah beliau boleh sapu bersih tropi seni taekwondo itu dan setiap kejohanan, mereka digeruni…m/s 14.
- Sembah Salam, mengupas kesan masakini termasuk bila murid jadi guru…m/s 19.
- Adli menerima pengalaman 7 hari di pejabat SB…m/s 20.
- June memberi panduan cara latihan yang tepat lagi padu. Awas lelaki bila bertemu perempuan lawa yang tidak takut…m/s 22
- Pahang cemerlang di Kejuaraan Silat Kebangsaan 2004…m/s 28.
- Silat Cekak Hanafi semarak imej bangsa…m/s 38.
Yang mesti dibaca: Rahsia kesedapan Tangan Guru. PUKULAN 7 HARI tersorok dalam gelanggang panglima hitam. Isu sedarlah jika belum sedar lagi. Kerambit, sasaran dan tangkisannya. Bila lembu punya susu untuk anak lembu…Selengan, hujungnya di Silat Melayu. Buku 5, Jak Othman mengupas…Kesan ilmu & amalan khurafat dari gejala saka dan sihir.
FEBRUARI 2005 - Pak Ngah Rashid lebih senang membisu dan buat hal sendiri. Namun bila ditemui dan mengisahkan zaman silam, kata beliau, ‘Orang muda sudah tak kenal lagi orang lama…”…m/s 4
- Guru Ramli telah mempelajari banyak silat tetapi bila berdepan dengan Selewah jati, beliau tumbang-tewas. Namun semua tidak bererti terus kecundang. Ikuti kisah guru itu yang kini antara guru muda yang mula menyinar…m/s 8
- Master Jean Karuse dan Master Ahmad Qadir dengan senyum bertari beladiri capoiera. Apa yang membuat mereka riang?...m/s 14
- Seni tongkat terus hidup di Sungai Buloh…m/s 18
- Pemakaian samping ikut macam P. Ramlee dalam filem. Ikatan samping yang merosakkan budaya. Untuk pengetahuan pembaca yang tidak tahu hal pemakaian samping. Jika main-main ikat, ikatan itu akan menceritakan ‘anda duda’, jika teralih sedikit samping menandakan ‘anda duda yang ingin di pinang segera’. Jika samping diangkat terlalu tinggi atas lutut, makna ‘gatal atau miang hendak nikah’…m/s 19
- SINIS! Melayu, murahnya silat di matamu…m/s 20.
- Pameran warisan Persilatan Perak, ADAT DITATANG DIJULANG…m/s 24.
- Festival Kesenian Rakyat Malaysia 2004, LANGKAH AWAL PELIHARA WARISAN…m/s 28.
- Bersatu buang ‘binatang’…m/s 29.
- Rape prevention program: KNOWING YOUR OPPONENT!...m/s 34.
- Yang mesti dibaca:Percayalah…dalam tips beladiri wanita. PUKULAN 7 HARI, pengenalannya. Setiabakti tunjuk cara mengatasi serangan…Petua & Ilmu, antara panduan dan kenangan. Buncit kempis dalam 3 minit dalam Senaman Tua. Pakai dan tak pakai senjata, isu masakini.
APRIL 2005
- Cikgu Mat Noor tidak pernah terduga, pertemuan dengan Datuk Meor Rahman bakal jadi kejutan. Begitu juga kisah gadis Cina kenang jasa beliau…m/s 4.
- Amdiman Maruda tahu kesilapannya melanggar amanah namun kerana minat, beliau terus mengembara dan menuntut. Langkah yang tiada batasan…m/s 12.
- Majalah SENIBELADIRI (SB) terus mengiktirafkan mahaguru dan pendita. KENAPA DAN MENGAPA?...m/s 19.
- Isu yang membentangkan pelbagai pelbagai soalan. Ikuti: MATA YANG TERTUTUP, HATI YANG TERKATUP…m/s 20.
- Dalam adat-adab, Istana & Melayu. Pelbagai falsafah dihidangkan dalam tajuk JANGAN MENJUAL JIKA TIDAK KENAL PEMBELINYA…m/s 22.
- Pukulan 7 Hari bulan ini menjuruskan penyampaian guru dalam LAIN GURU LAIN JALAN TETAPI SASARAN TETAP YANG ITU JUGA…m/s 40.
- Rumble on the beach…m/s 60.
MEI 2005
- Guru Ishak atau lebih dikenali Pak Alang adalah pengasas Sendeng Cekak di Pahang. Beliau memperolehi ilmu dari ayah, namun pernah cuba belajar di bangsal Sendeng…m/s 4.
- Sensei Tan telah banyak mempelajari beladiri. Beliau mencari sesuatu yang kekal dan boleh digunakan waktu usia lanjut. Langkah beliau terhenti di gelanggang silat…m/s 11.
- Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Sultan Azlan Shah menegur sikap buruk Melayu yang suka hina Melayu. Begitu juga ramai tahu bercakap Tak Kenal Maka Tak Cinta…namun ramai antara mereka tidak tahu ‘buat’. Isu ini dibentang untuk renungan…m/s 19.
- Seni mempertahankan diri di Malaysia: Apa nak kata, apa dah jadi…m/s 20.
- Adat, Adab & Istiadat Melayu: Penggunaan dan pemakaian bahasa yang ringkas dan mudah. Mencerminkan adab sopan Melayu…m/s 22.
- Semua mula dengan melihat budak-budak perempuan main pasir…kini mereka kumpulan Gendang Serikandi…m/s 24.
- Kempen Beladiri Wanita: UPM mula lahir ramai pakar…m/s 36.
- Pukulan 7 hari: Diri yang mengawal, bukan diri dikawal…m/s 40.
- Minimize the chances and…what’s in your hand…m/s 48.
- Selengan: Serangnnya luar biasa…m/s 56.
- Waiting the your opponent with the Back Thrust Kick…m/s 60.
JUN 2005
- Pak Jo, mulanya tidak disenangi oleh seorang guru untuk mempelajari Kalimah kerana beliau ‘anak gayong’. Namun, bila sudah berjumpa, guru itu cukup rapat dengannya hingga isteri guru itu ‘cemburu’. Begitu juga kisah Pak Ya, terpaksa meminta Pak Jo belajar di rumah untuk menjadi jurulatih namun ilmu di dada masih hijau bila menjadi pembantu jurulatih. Pak Zohdi pernah geleng kepala melihat gerak silat Pak Jo hingga menegur sikap Pak Jo kerana berani mengajar sedangkan anak murid yang hadir dari pelbagai silat lain. Banyak lagi kisah menarik…m/s 4.
- Susan Cheah pernah meninggalkan judo, namun kini beliau kembali dan buangannya makin menjadi…m/s 8.
- UNITAR memanggil perguruan yang terbaik untuk pengisian pelajar-pelajar lama dan baru untuk cegah dan lawan penjenayah jalanan…m/s 12.
- TARI SILAT PULUT: Siapa perlu memelihara? Siapa pengamal? Ke mana perjalanan warisan ini? Adakah ia akan pergi dengan lembut?...m/s 14.
- SUZY MOHD SULAIMAN sebelum bergelar juara dunia telah berdepan dengan pelbagai dugaan. Keluarganya pernah tidak restu Suzy bersilat kerana bimbang akan anak gadis mereka. Rakan yang mengajak dia bersilat, hilang waktu pengambilan ahli baru dan pernah rasa hilang keyakinan bila senjata lucut dari genggaman dalam satu pertandingan…m/s 16.
- CABARAN JAK OTHMAN 2005: Takluki diri kamu dahulu sebelum kamu menakluki dunia…m/s 48.
- THE MUAY THAI’S TE: the mother of all kick…m/s 60.
- BELADIRI & JATIDIRI: Apa sudah jadi dengan seni mempertahankan diri? Satu isu di bawa ke depan untuk berbincang. TIDAK ADA APA-APA TERJADI: Remaja terus melepak, terlibat lumba haram dan aktiviti buang masa. Masalah yang masih belum dapat di atasi. WANITA BULI LELAKI: Ia terjadi dalam seminar SB. MANDI MINYAK: Kesan mandi dan apa yang berlaku pada minda.
JULAI 2005
- Sensei Ramlan begitu fanatik dengan beladiri hingga sanggup mengembara untuk mencari ilmu. Bila menemui aikido, beliau sedia dilambung dan satu ketika suka melambung pasangannya. Kini beliau menyampai falsafahnya…m/s 4.
- Guru Nazri menyimpan sejarah pendekar lama. Beliau memberitahu bagaimana nama Sendeng 2 Beradik terhasil…m/s 8.
- Seminar Senaman Tua majalah SENI BELADIRI terus mengangkat martabat bangsa dengan promosi senaman ST. Terlangsung, membuktikan ilmu dari hasil minda Melayu terbilang…m/s 14.
- PSSGM Tualang 3 sekali lagi mengembara jauh untuk pengerat hubungan. Kali ini, kumpulan itu ke Labuan. Ikuti kisah menarik mereka…m/s 16.
- Sembah Salam. Apa kita dah buat? Satu isu yang perlu difikirkan untuk membawa beladiri Malaysia berkembang jauh. Atau mampukah kita pergi jauh?...m/s 19.
- Beladiri Dalam Perspektif Islam. Jangan Buta Ketika Pelik. Isu yang di bentang untuk renungan semua. Cukup menarik dan bernas…m/s 20.
- Adat & Adab Pakaian & Kain. Tajuknya begitu dan isi mengisahkan ilmu pemikiran terbilang bangsa Melayu. Wajar sekali di ambil iktibar…m/s 22.
- Suhaizy membawa topik, perlu berani untuk kemenangan. Isu kali ini mengenai cara latihan untuk elak diri tewas dengan penjenayah jalanan…m/s 24.
- Beladiri Wanita kali ini mengenai suara-suara sumbang terutama dari remaja lelaki yang di anggap ‘cakap busuk’ kepada gadis yang mempelajari ilmu mempertahankan diri. Jadi, gadis-gadis kalian jangan peduli. Jadikan diri lebih ‘kuat’ dan ‘hebat’ dari lelaki itu…m/s 36.
- Gambar dan aksi menarik pesilat dari Gayong Malaysia dalam kejuaraan universiti di Kelantan…m/s 37.
- Pukulan 7 Hari. Siri akhir yang membentang mengenai keputusan permainan dengan mendedahkan keutamaan Petua Untuk Hidup, Falsafah Untuk Rasa…m/s 40.
- Xavier: Why Kickboxing?...m/s 48.
- Malaysia Cemerlang Di Luar Negara. Kemampuan pesilat negara di antarabangsa cukup meyakinkan. Malah pencapaian negara membuat sukan tempur bernama silat terus unggul dan pencapaiannya nombor 1 negara berbanding sukan-sukan lain…m/s 50.
OGOS 2005
- Cikgu Razali adalah seorang guru kampong. Hari ini beliau melihat anak-anak muda makin tidak bermaya, tidak seperti dulu. Kini, beliau berazam untuk memastikan semangat anak muda kembali kuat dan kerana itu beliau bersikap keras…m/s 4.
- Catat Rekod. Kejohanan Pencak Silat Jemputan Universiti di MIAT mendapat sambutan luar dugaan. Penyertaan kontijen paling ramai dan PULAPOT tunjuk handal…m/s 10.
- Master John Chow mengupas pelbagai isu melalui wawancara beliau dengan Nigel Sutton…m/s 14.
- Sembah Salam. Isu kali ini mengenai kemerdekaan, Apa sumbangan ilmu beladiri?...m/s 19.
- Beladiri Dalam Perspektif Islam. Bagai satu tabiat golongan tertentu untuk nama dan kepentingan diri, diperlaku, satu perkara yang sengaja di ada-adakan dan ada di tokok tambah. Perkara yang di tegah dalam Islam…m/s 20.
- Pakaian Melayu: Yang Hidup, Yang Rasa & Yang Berkuasa. Pakaian Melayu banyak rahsianya dan ia dipakai dalam dan luar…m/s 22.
- Kecergasan Dalam Beladiri. Mampu hakis tabiat buruk. Suhaizy mengupas mengenai perangai buruk yang membuat orang itu kelihatan juga begitu…m/s 24.
- Beladiri Wanita: Yang malas belajar seperti berjalan tepi longkang dan di tengah jalanraya. Kenapa begitu?...m/s 34.
- Pukulan 7 Hari: Ya, ia kembali atas permintaan. Kali ini, ilmu itu digali dari awal untuk kefahaman. Bulan ini, ia mengenai elak…m/s 40.
- Guru Dahlan: bulan ini beliau buka rahsia cara mudah wanita mempertahankan diri dari serangan…m/s 52.
- Guru Jak Othman beri peringatan bila Orang Putih jadi guru silat…m/s 52.
- Kemasukan ahli beladiri negara asing ke Malaysia sudah berlaku. Sifu Nigel membawa murid beliau dari UK ke Pulau Pinang. Selain tambah ilmu dalam tai chi, anak murid beliau turut belajar Silat Gayong dengan guru Sulaiman Shariff.
SEPTEMBER 2005
- Pak Engku pengasas perguruan Sapik Kalo menceritakan proses menjadi seorang guru. Termasuk berdepan dengan sekumpulan samseng yang melakukan peras ugut dan ragut. Pak Engku berdiri menentang sesudah adiknya ditampar kerana menegur perbuatan mereka…m/s 4.
- Master Dwen akhirnya menceritakan amanah akhirnya dari mendiang Choi yang kesal dengan sikap anaknya. Majalah SB juga sempat menjenguk gelanggang latihan beliau di Taman Wangsa Melawati…m/s 10.
- TTS atau Tempur Tanpa Senjata yang di asaskan oleh Master Roshidi di gabungkan lapan jenis permainan. Beliau merantau sampai ke luar negara untuk mahir…m/s 13.
- Pengumuman: Jaguh Malaysia di kehendaki untuk bertanding di KUDO. Anda sudah sedia dan berminat…m/s 16.
- Sembah Salam: Kisah pengalaman di Indonesia dan jangan jadi pengkhianat bangsa dalam memelihara warisan tradisi…m/s 19.
- Beladiri Perspektif Islam: Jangan mudah jadi lembu dicucuk hidung. Ada akal guna akal. Siasat dulu atau kenal dulu guru dan perguruan sebelum memberi komitmen. Jika tidak, anda dalam golongan itu…m/s 20.
- Kru Stealth menghidangkan pertarungan bila berdepan dengan kumpulan samseng. Bagaimana hendak berdepan mereka…m/s 24.
- Beladiri Wanita: Azwan Ali mungkin hebat sebagai pengacara tetapi bila berdepan dengan wanita…belum pasti! Ikuti kisahnya…m/s 34.
OKTOBER 2005
- Pak Su Abdullah Udan cukup berminat untuk bersilat. Sejak mula menonton Silat Pulut dalam majlis persandingan, hati terpikat. Bila meningkat remaja, beliau mencari guru dan dalam ilmu, adakala guru turut hilang…m/s 4.
- Jamaliah Abdullah (Lia) cukup minat menonton ayahandanya (Pak Su Abdullah Udan) bersilat tetapi gadis kampung itu di tegah bersilat hingga suatu hari dia menghidap leukemia. Lia pulih kerana bersilat!...m/s 9.
- Guru Mohd Zar – Silat Padingjuan Sutan Maakat mendedahkan asal usul permainan mereka. Bermula dari anak tiri sering dibuli di gelanggang…m/s 12.
- Sembah Salam membuka isu mengenai bila cerita di ada-adakan…m/s 19.
- Berani Kerana Benar – Isu Taekwondo; jangan pisang berbuah dua kali…m/s 20.
- Berani Kerana Benar – Bicara mengenai ‘siapa’ angkat beladiri 2006. Tanggungjawab siapa? Siapa main peranan? Siapa yang perlu diangkat? Kenapa…m/s 21.
- Adat, Adab & Istiadat Istana: Kajian kepada senjata Melayu bertempur dan guna harian. Senjata tempur ‘bercerita’…m/s 22.
- S. Suhaizy dalam No Guts, No Glory memberitahu antara punca manusia gagal kerana tidak menghargai masa…m/s 24.
- Bila pesilat Gayong Amerika belajar keris…dapat rasa yang tak terkata…m/s 38.
- Pukulan 7 Hari (Beladiri Wanita) Bila berdepan dengan penjenayah…guna strategi sendiri…m/s 40.
- Senaman Tua: Jawapan untuk pemulihan pada diri pengamal. Kenapa begitu jawapannya?..m/s 54.
- Under The Palm Tree – Nigel Sutton mengakui Malaysia: Mecca of the Martial Arts. Satu pengiktirafan dari seorang pengasas, pengembara, pengamal dan penulis…m/s 60.
NOVEMBER 2005 
- Pakchu Jabar memelihara warisan Seni Silat Pendekar Sulaiman yang mana pendekar itu di dakwa meninggal dunia kerana ‘termakan sumpah’, kisah Pendekar Husin racun askar penjajah dan sumpahan Sang Kelembai…m/s 4.
- Master Chiwin pernah menjadi kaki pukul, akhirnya sedar dan insaf setelah dipukul. Beliau juga memberitahu jika enggan bersikap terbuka, maka lebih baik duduk dalam hutan…m/s 13.
- Pengamal Aikido UK mula minat mempelajari Silat Melayu. Apa kata mereka sesudah dapat ‘rasa’ ilmu Melayu…m/s 16.
- Sembah Salam: Jangan lupa pangkalnya…m/s 19.
- Adat, Adab & Istiadat Istana: Bezanya, Senjata Melayu antara tempur dan pertanian…m/s 22.
- S. Suhaizy dalam No Guts No Glory: Jangan salahkan orang lain…m/s 24.
- Master Zhao – Neijiaquan A Life’s Path…m/s 26.
- Pahlawan Kedah – Tunku Anum yang bijak bistari dalam menentang tentera Siam…m/s 28.
- Beladiri Wanita: Wujudkan kumpulan strategi…m/s 36.
- Seminar Pukulan 7 Hari: Rahsia tetap jadi rahsia…m/s 38.
- Strike it effective with Lizzie – The Reptile Story…beat a kicker…m/s 49.
DISEMBER 2005 
- Tun Rahman menceritakan pengalaman beliau dalam dunia beladiri. Bagi beliau tiada noktah dalam menuntut ilmu…m/s 4.
- Guru Rahana dari kecil sudah minat bersilat tetapi gelanggang hanya mengambil orang dewasa. Bila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau sebagai budak kampung enggan kena buli dan kerana itu sering terlibat dalam pergaduhan. Dari pergaduhan itu berlaku satu pertemuan…m/s 6.
- Master Ong ingin kembali. Kali ini nama perguruan di tukar dari Chik Kwan Do kepada Zikso. “Ini beladiri Malaysia, bukan dari China…” kata Master Ong…m/s 12.
- Pak Teh Ramli telah menemui ramai guru tua dan selepas bersara sebagai guru sekolah, beliau ingin menyampaikan amanah guru itu…m/s 15.
- Adat, Adab & Istiadat Istana: Hulu Keris dan Hati Melayu. Satu pembikinan yang menyampaikan peribadi pemiliknya. Hulu yang digenggam bercerita…m/s 22.
- S. Suhaizy dalam No Guts No Glory: Bicara mengenai keseimbangan hidup…m/s 24.
- Kejohanan Pencak Silat Badan Beruniform di PULAPOT – Tentera Darat A sapu bersih. Kejayaan itu membuat mereka ingin melahirkan jaguh.
- Beladiri Wanita – Jika tidak boleh elak, serang dengan ‘gila’ penjenayah itu…m/s 36.
- Sensei Sonny Loke terus mencatat rekod membanggakan nama Malaysia di Jepun…m/s 38.
- Jak Othman bila di tanya; “Are you a black belt?”…m/s 60.
|
|