SENIBELADIRI

UNITY THROUGH MARTIAL ARTS

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
SENIBELADIRI - Bersatu Dalam Seni Beladiri

SEMBAH SALAM

E-mail Print PDF

azlanghanieSEMBAH SALAM APRIL 2010

 "SIKAP SAMA, PENCAPAIAN LUAR BIASA"

Pada hujung tahun 80-an, penulis menemui guru-guru tua dan mereka telah memberikan pandangan resah dengan menyatakan, apabila sudah menolak hak anugerah, bangsa akan lenyap dan akan hidup dalam dunia jahiliah! 
Read more...
 

PAPARAN BULAN INI

E-mail Print PDF

JULAI 2010

 jul10

JUN 2010

 jun10

MEI 2010

 

APRIL 2010

 apr10

ISI KANDUNGAN APRIL 2010

Mks 5 Tarung Nyawa Cikgu Muhammad dan Cikgu Nor Azman benar-benar alami pertarungan hidup mati kerana silat. Ikuti pengalaman menarik dua tokoh jurulatih Silat Seni Gayong Malaysia itu yang sanggup sehidup semati dengan silat sehingga salah seorang pernah diherdik bapa sendiri supaya bersilat dalam kubur!

Mks 9 Semangat Silat: Masuk bertanding ketika mengandung 6 bulan! Pengalaman beliau umpama dongeng tetapi Cikgu Norzihah jadi begitu kerana yakin dengan silat. Ilmu tradisi itu ada kelembutan tersendiri menyebabkan beliau berani masuk pertandingan walau diri sarat hamil.

Mks 18 Dulunya belasah lawan sekarang cari kelembutan setelah puas menjuarai pelbagai kejuaraan sukan tempur, Sebastien Loriot beralih arah kepada seni beladiri yang lembut dan berseni. Jatuh cinta dengan silat, beliau menyedari perlunya keseimbangan antara lembut dan keras dalam beladiri...

Mks 19 Guru tua, silat & Melayu: sikap sama, pencapaian luar biasa Pada penghujung 80an, Azlan Ghanie telah temui ramai guru tua dan apa yang diperingatkan ketika itu, sudah pun berlaku dewasa ini. Guru tua pernah mengatakan bangsa Melayu akan jadi ‘jahiliah’ kerana menolak hak bangsa sendiri. Guru tua tetap tidak mahu menonjol diri walaupun diam tanpa penafian...

Mks 42 Terbuang sabar diri menyesal Nasihat Guru Zamri kepada anak muda, bersabar dalam menuntut ilmu. Beliau sendiri belajar sehingga ke hujung walaupun ramai rakan-rakan yang tewas sekerat jalan. Bila melihat beliau sudah berjaya baru timbul penyesalan namun mahu kembali belajar sudah malu dengan guru. Jawabnya, menyesal tak sudah.

Mks 52 Kerusi melekat di punggung British! Kisah komedi realiti mengenai wakil British yang mendapat malu di rumah Tokku Paloh, ulama terbilang Terengganu. Sudahlah mahu ambil tanah, kerusi pun mahu ambil? Gandingan ulama dan Sultan zaman beliau menyebabkan British gagal masuk jarum dalam politik Terengganu walaupun menggunakan berbagai strategi licik...

Mks 61 Van Damme hilang akal? Keputusan aktor veteran mahu bertarung dengan juara Olimpik, adakah niat yang lahir dari hati murni seorang pengamal beladiri sejati atau sekadar talian hayat terakhir Van Damme bagi kembalikan sinaran kegemilangan yang telah berlalu?


MAC 2010

 mac10

ISI KANDUNGAN MAC 2010

Mks 5 Sekali Pukul 7 Kali Lebam adalah ilmu pendekar dulu-dulu. Guru Mokhtar Silat Panji Putera Ledang dedahkan beberapa guru beliau yang mampu melakukan aksi yang dianggap orang sekarang sebagai mustahil, antaranya kecepatan pukulan dan elak sebutir padi. Juga pengalaman misteri dialami di puncak Gunung Ledang...

 Mks 18 Tidak Minta Duit Kerana Ilmu Dari Mimpi Guru Hazir ikhlas mengajar kerana diri tidak perlu susah-payah menuntut ilmu, ilmu datang sendiri melalui asuhan pendekar alam ghaib yang menjelma dalam mimpi. Pendekar ghaib muncul setelah kejadian beliau mengatasi gangguan semasa bertugas sebagai tentera di Sabah.

 Mks 18 JSBN Iktiraf Silat menandakan adanya keprihatinan dari badan kerajaan untuk menaikkan seni beladiri Melayu. Laporan dari Azlan Ghanie yang dijemput menyertai Kursus Jurulatih Budaya Negara Bidang Silat Tahap 1 di Sabah.

 Mks 19 Hebat & Pengaruh SB artikel Azlan Ghanie mengenai kehebatan majalah SENI BELADIRI di mata pengamal seni beladiri luar negara sehingga ada sanggup datang dari jauh semata-mata mahu ditemubual beliau dalam majalah.

 Mks 42 Cik Yam Sahut Cabaran Ayah walaupun awalnya kurang memahami kehendak Guru Dahlan yang mahu anak gadis itu cepat matang dalam memperjuangkan silat di usia remaja. Pengalaman bersama ayah sejak kecil banyak merubah persepsi beliau terhadap pentingnya ilmu seni beladiri didedah kepada masyarakat umum.

 Mks 50 GM Kim Jenguk Sekolah Lain Untuk Belajar kerana didedah cara begitu oleh mendiang Jeneral Choi. SB menyaksikan pertemuan semula beliau dengan rakan seperjuangan, GM Sabree Salleh setelah 25 tahun terpisah. Banyak kisah-kisah lama mereka terbongkar depan Azlan Ghanie.

 Mks 54 The Shaolin Monastary Is The Origin Of All Martial Arts petikan ringkas buku hasil tulisan Guru Sulaiman Shariff dari Amerika Syarikat mengenai 50 mitos dalam dunia seni beladiri.

 Mks 62 Defining and Coining The Phrase Artikel bahagian ketiga dari Guy Edward Larke mengenai seni beladiri Korea yang diasas seorang bangsa Cina. Apa ada pada nama? Nama menggambarkan semuanya. Cheonjimuyedo adalah aliran seni beladiri berkonsepkan kerukunan hidup sesama semua makhluk di alam semesta.

 

 FEBRUARI 2010

 feb10

ISI KANDUNGAN FEB 2010

 Mks 5 Guru Atan Sendeng Malaysia dedah adanya individu sanggup ‘melacurkan’ nama ayahanda beliau, Mahaguru Haji Hamid Hamzah untuk kaut keuntungan diri melalui silat. Guru Atan menceritakan kisah mengenai ayahanda beliau yang didakwa garang tetapi beliau sanggah, ‘garang hanya bertempat’. Haji Hamid pernah membunuh komunis dengan buluh runcing dan empat guru yang mencabar beliau, kaku seperti mayat selepas kena penampar...

 Mks 14 Kacey Chong bagai sireh pulang ke gagang. Walaupun dilahirkan di Malaysia dan menetap di Australia, dirinya terkejut apabila menyedari keindahan Silat Melayu ketika kembali...

 Mks 19 Kebenaran dan Kepuasan wartawan bukan seorang hero dan tidak mahu menjadi hero. Ikuti kisah pengalaman Azlan Ghanie yang pernah warning ahli parlimen ‘biadap’ dan sahut cabaran jurulatih luar negara yang menjadi bekalan beliau menulis dan menerbit majalah SENI BELADIRI. Ikuti kisah menarik itu.

 Mks 16 Meor Azrul bukannya perlekeh Bruce Lee. Beliau akui kehebatan aktor itu. Tetapi beliau memilih menceburi Ving Chun bukan disebabkan dipengaruhi tokoh lagenda Cina tersebut... 

 Mks 38 Tari untuk Puteri Mazlan Tari teristimewa dari Guru Mazlan Haji Hashim kepada puteri-puterinya di majlis perkahwinan kedua anakanda yang dikasihi.

 Mks 42 Kembara 45 Tahun: Ke mana halatuju Cekak Hanafi? Guru Nasir selaku presiden baru persatuan dikenali luahkan pandangan yang belum pernah didengari untuk kesedaran bersama. Menjatidirikan generasi muda Malaysia.

 Mks 54 Senaman Tua tetap terpelihara walaupun berlambak senaman-senaman baru diwujud. Pengamal dan pemelihara warisan tradisi tidak akan mahu mencampur aduk yang lama dengan yang baru ada dibuat-buat, kerana ia akan menghilangkan keluarbiasaan senaman itu.

 Mks 62 Do you know where your children are? Artikel dari Korea Selatan menceritakan jenayah sadis perogol kanak-kanak yang tidak dikena tindakan berat oleh undang-undang. Wajib kejadian diambil iktibar oleh pembaca kerana apa yang berlaku di sana juga terjadi di tanahair tercinta. 

 

JANUARI 2010

 

 ISI KANDUNGAN JAN 2010

Mks 5 Guru Nordin Gayong Malaysia dedah adanya perguruan silat meniru Silat Gayong sejak zaman Gayong School di Singapura lagi. Banyak sekali kisah-kisah beliau dengan Allahyarham Datuk Meor, paling dikenang bila terkena penangan ‘Sudip Emas’...

Mks 10 Guru Hamzah dari muda bawa ke tua tidak henti-henti belajar Silat gayong kerana mendapati ilmu itu tidak putus-putus. Anak muda zaman sekarang baru dapat talipinggang hitam sudah perlu dijemput turun gelanggang...

Mks 12 Sifu Jimmy Heow sangkal dakwaan guru seni beladiri kedekut ilmu. Dakwa beliau, bukan guru yang kedekut, anak murid yang malas. Sikap buruk diri sendiri yang menyebab tahap diri ‘tidak sampai’... 

Mks 16 Terkejut dengan ST Peserta-peserta seminar tiga hari baru tahu mengenai ‘tok empat lapan moyang’ bila didedah Azlan Ghanie. Bila rasa Senaman Tua pula terkejut kerana kesannya cepat...

Mks 19 Boleh elak peluru? Soalan yang pernah diaju guru tua kepada Azlan Ghanie. Dalam pencarian guru-guru tua, penulis temui rahsia pendekar dahulukala dalam ‘elak sebutir padi’. 

Mks 38 Ismet Lesarge jumpa pengisian rohani dalam silat yang membawa beliau ke jalan ketuhanan.

Mks 42 Kanan jumpa kanan, kiri jumpa kiri artikel dari Sabah yang menceritakan mengenai sejenis silat yang begitu popular di kalangan masyarakat di Negeri Bawah Bayu. 

Mks 52 Haji Abdul Rahman Limbong bukan pejuang keris-lembing seperti Mat Kilau dan Bahaman, sebaliknya pejuang menanam kesedaran jihad dalam hati penduduk Negeri Terengganu. Anak murid Tokku Paloh itu dikatakan ada kehebatan yang serupa guru beliau, ulama terbilang.

Mks 54 Guru pondok bakal guru ST Azlan Ghanie bawa Senaman Tua ke sekolah pondok pula...

 

Random Image

Bil.136_Mac09.jpg