Newsflash

Tawaran Pautan Bersama Laman Web SB: Sila emailkan alamat laman web perguruan/pertubuhan anda ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .
 
Laman Utama
Laman Seni Beladiri
Majalah Seni Beladiri - Bersatu Dalam Seni Beladiri / Malaysia-Pusat Beladiri Dunia

  BERITA TERKINI

1. Sudah Terbit! Buku Senaman Tua; Edisi Terhad; Dwi Bahasa - Melayu/Inggeris. Saiz A4, melebihi 120 mukasurat, asal usul Senaman Tua, penuh dengan gambar-gambar pergerakan, testimonial pengamal...

Pertanyaan lanjut: 03-4025 5379 atau 017-388 1632 (Siti) 

 

DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!

SEPTEMBER 2008 (BIL.130)

  Active Image

 

BIL 130 – SEPTEMBER 2008
  • Guru Musa Muhammad dedah pengalaman mistik sejak kecil melihat cahaya terang dari langit dan mimpi bertemu guru Mat Kari yang jadi realiti, juga kenangan bersama arwah guru itu menjelajah ke alam batin apabila di pinta melalui dugaan keyakinan menghuni dalam gua yang di banjiri air pasang…m/s 5.
  • Kwang Jo Choi pernah terpilih jadi salah seorang dari enam ahli taekwondo yang jelajah seluruh dunia untuk promosi beladiri tersebut atas arahan pengasas, Jeneral Choi. Kerana terlalu keras berlatih, beliau di timpa kecederaan serius yang menyebabkannya terpaksa melupakan seni beladiri itu...m/s 14.
  • Berdirinya guru dalam gelanggang kerana cinta kepada warisan bangsa. Walaupun sahabat handai sendiri tidak memahami perjuangan itu yang hanya memerah keringat tanpa pulangan material yang berbaloi setimpal dengan usaha dan tenaga yang di curahkan…m/s 19.
  • Majalah SB sesudah 11 tahun memperkenal untuk mengenali dan di kenali. Ikuti harapan SB...m/s 20.
  • Gayong USA terus mendapat perhatian dunia melalui dokumentari National Geographic. Kali ini lebih padat dan tulus terutamanya berkaitan sejarah perguruan itu. Semata-mata kerana cikgu Sam yang tidak puashati penerbitan Human Weapon...m/s 40.
  • Megat Muslehuddin akui dalam jiwanya seakan ada semangat yang begitu misteri kerana di ketahui diri dari keturunan pahlawan silam Pagar Ruyung, Megat Terawis...m/s 42.
  • Jak Martial Talk dalam keluaran kali ini menyoroti cerita beliau berguru dengan dua tokoh Pusaka Gayung yang boleh di iktiraf lagenda hidup iaitu Pak Andak Majid dan guru Awang Daud. Turut mengundang Muhammad Wahab, bekas jaguh dunia dari Pusaka Gayung untuk memperkatakan mengenai senjata jenis parang dan teknik-teknik mengatasinya...m/s 46.
  • Keris berdiri, keris duduk yang tersirat berfalsafah Melayu. Bukan sekadar falsafah, juga boleh dibuktikan secara nyata kerana buatannya yang teliti oleh pandai Melayu...m/s 56.

 Berita Terkini:

Jak Othman dedah rahsia beliau nak bikin filem aksi silat! Dalam wawancara eksklusif itu, beliau sebagai guru silat juga ada visi untuk masa depan silat. Sebuah filem dokumentari guru-guru juga sedang dalam pembikinan. Antara tokoh-tokoh persilatan yang di undang adalah Pak Andak Majid, Awang Daud, Pak Mat Kedidi, Mat Ramintan dan Azlan Ghanie.

 

 

OGOS 2008 (BIL.129)

 

 

 

JULAI 2008 (BIL.128)

 

 Active Image

 BIL 128 – JULAI 2008

  • Bapak Herman guru tua lahir di Indonesia tetapi di’singkir’ ke Belanda. Beliau menceritakan pengalaman menjadi tahanan kem Jepun dan cara menumpas ‘orang besar’…m/s 5.
  • Mengangkat yang berdaulat. Seminar Sembah Salam Diraja 2008 telah di hadiri pesilat-pesilat luar Negara seperti dari Belanda, Cape town dan Singapura. Pesilat yang hadir sama-sama mengangkat keris dan penglibatan mereka di iktiraf...m/s 12.
  • Dijoux Georges akui apa yang digentarkan adalah pukulan beliau boleh membunuh dan gurunya telah menasihatinya jangan menyertai sebarang pertandingan...m/s 14.
  • Mencari jawapan, silat melangkah & silat menanti. Kapten (B) Thair terus menulis pengalaman beliau dan bulan ini mengenai dua kaedah...m/s 20.
  • Warkah buat fighter. Kenapa berbahasa Inggeris? Tentu penulisnya Abdul Hakim dari Gurun ada dalilnya. Terlangsung, beliau turut mengupas sejarah...m/s 25.
  • Yati Datuk Sarimah bekerja sambilan di sebuah syarikat perunding dan pada masa terluang melakukan rawatan mengurut wanita. Kini, beliau bersedia untuk menjadi tenaga pengajar Senaman Tua secara professional sesudah...m/s 40.
  • Arief Hakim akui bukan melalui jalan mudah untuk kejayaan, tambah lagi menjadi cucu guru silat terkenal, Cikgu Majid...m/s 42.
  • Gerun – kapak orang Kelantan. Bulan ini senjata tradisi Melayu yang membelah kayu api di heret untuk di ketahui asalnya. Kehebatan senjata itu menakutkan orang-orang yang mengetahui kesannya, terutama kapak kecik...m/s 54.
  • Nilai ilmu & pengorbanan dari pengalaman Azlan Ghanie melakukan persediaan diri untuk mengajar. Secara tidak langsung perlu di nilai secara serius pengorbanan guru-guru telah menyampaikan ilmu adab. Namun ada tawar-menawar dengan ilmu yang tidak ternilai harganya?...m/s 56.
  • Rahsia semangat berdepan musuh. Dalam dunia tempur, haiwan juga di kaji dan di ngertikan kekuatan yang sedia ada. Ikuti kupasan rahsia semangat siri 1...m/s 59.
  • Kembalinya Harimau Berantai! Ya, guru Jak Othman sudah menjadi warga tetap SB. Seperti biasa, guru penuh pengalaman ini akan berkongsi ilmu untuk sama-sama kita amal dan pelihara...m/s 60.

JUN 2008 (BIL.127)

 Active Image

BIL 127 – JUN 2008

  • Silat Patani yang lama wujud di Kedah menyimpan cerita tentang sebuah kerajaan Melayu yang dulunya hebat tetapi sudah hilang dari catatan sejarah. Dulunya, orang bersilat cukup cantik. Guru nawang dan guru Zainun, bertari silat itu ditemui di kampong Charok Beras, nun jauh di hulu Kedah…m/s 4.
  • Pendekar Madya Haka Tahir tidak boleh berdiri kerana kakinya lumpuh akibat kemalangan terjatuh tangga namun fizikal nyata bukan penghalang pendekar tua ini bersilat. Apa rahsia beliau?...m/s 14.
  • Master Comes To Kuala Pilah. Siapa master yang di sebutkan itu? Buat apa beliau berada di Negeri Sembilan? Bacalah…m/s 12.
  • Sembah Salam membentangkan isu perjuangan guru yang di lupai, jasa mereka tidak kenang malah nama mereka di padam dalam sejarah…m/s 19.
  • Penyakit Misteri Pendekar Uzur. Kapten (B) Thair dedah lagi pengalaman beliau. Kali ini, isu amalan pendekar dulu yang membawa kepada masalah di hari tua dan kenapa berlaku cerita orang berilmu hebat semasa hidupnya menderita di saat hendak ajal…m/s 20.
  • Hidupkan kembali kayu selengan. Guru Hakim menulis mengenai senjata Melayu yang diperbuat dari kayu atau rotan. Beliau beri dalil-dalil kenapa kayu selengan wajar di pelihara…m/s 26.
  • Sembang-sembang. Bulan ini editor SB membuka kisah mistik dan misteri. Pembaca bertanya mengenai isu kebal, beliau jawab…m/s 28.
  • Beladiri Wanita. Tiada mustahil dalam mengatasi penjenayah bersenjata. Tips itu…m/s 40.
  • Kerambit: Tangan Melayu ke tangan dunia. Siri akhir yang mana rahsianya terus di buka untuk renungan umum. Senjata yang hanya tuan empunya tahu tari seninya…m/s 54.
  • Senaman Tradisi. Satu kisah yang menakjubkan mengenai ‘air tawar’ untuk pulih denggi…m/s 56.
  • Huo Yianjia. Wira dari China yang cukup di banggakan oleh bangsa itu. Dari seorang anak yang terbiar kerana mengalami kelemahan fizikal, akhirnya dapat menewaskan jaguh-jaguh dalam dan luar negara. Sejarah hidup pahlawan itu turut di filemkan dan antara pelakon yang memegang watak lagenda tersebut adalah Jet Li…m/s 62

MEI 2008 (BIL.126)

APRIL 2008 (BIL.125)

  Active Image

 

MAC 2008 (BIL.124)

 

 Active Image

BIL 124 – MAC 2008

  • Guru Othman mendakwa pernah terkena sihir dan telah berikhtiar mengatasi sihir dengan menuntut ilmu untuk melawan sihir. Pernah terjadi, ketika menjadi wasit, tangkal pesilat jatuh berderai sebelum masuk gelanggang bertarung dalam silat olahraga …m/s 4.
  • Edi ‘Selendang Kuning’ tetap utuh simpan cita-cita walau sedar diri masih kurang untuk berlangkah jauh …m/s 12.
  • Cikgu Nor Hasnah antara pesilat yang tidak kenal erti tewas dalam gelanggang hinggalah dirinya terpaksa mengalah atas desakan pakar perubatan. Pengalamannya wajar di jadikan contoh...m/s 14.
  • Pulang dan lihat ruang tamu. Pastikan ada buku bacaan ilmiah kerana ia mendedahkan peribadi sebenar anda kepada tetamu. Kenapa Azlan Ghanie membuka isu ini? …m/s 19.
  • AMUK menjadi isu bicara. Sebutan dari bahasa Melayu yang dikenali serta sebutan seluruh dunia. Melayu di gerun kerana amuknya dan hingga kini mereka tidak faham erti amuk. Bulan ini, ia mula di bicara …m/s 20.
  • Wawancara yang telah berlaku di Demak, Indonesia, tiga tahun lalu. Pertemuan dengan guru Janjuli yang menceritakan sejarah silat Tringgani …m/s 25.
  • Perjalanan kedua ke Belanda yang penuh sejarah silam. Kehadiran kali ini undangan sebagai tetamu istimewa sebuah festival. Ikuti perjalanan Azlan Ghanie bersama cikgu Razali Asrik dari Kelab Silat MAS pada bulan Ramadhan …m/s 39.
  • Rahsia Shahril Zailudin yang menggerunkan lawan di dedah...m/s 40.
  • Senaman Melayu Tua (Senaman Tua) mengalirnya ilmu semangat dan sedap badan dari istana...m/s 54.
  • Keris. Isu yang menyambung kisah keris terbang serta pengalaman seorang penulis dalam ‘mencari’ …m/s 60.

FEBRUARI 2008 (BIL.123)

 Active Image

 

BIL 123 – FEBRUARI 2008

  • Guru Kahar Redza tetap memahat perjuangan tradisi. Pengalaman menjadi pemandu dan model untuk ‘punch-bag’ mahaguru gayong Malaysia dan mengikuti rombongan perguruan itu seperti kaum Nomad menjadi sandaran. Kerana itu, menjadi guru dalam siri tv History Channel di anggap biasa termasuk mengajar pesilat-pesilat luar negara…m/s 4.
  • Master Selvaraj mengatakan semuanya sama penting. Dari silambam, kalari dan silat, semua penting...kenapa beliau dakwa begitu?...m/s 12.
  • Siapa Guru? Mana Guru? Pertanyaan untuk anda dari isu meningkatnya kes rogol, ragut, lemas, penyakit. Anda ada jawapannya?...m/s 19.
  • Berani kerana benar. Berjodol Kenangan Lalu, Harapan Kini mengupas satu isu yang wajar untuk renungan...m/s 20.
  • PERSISI mengubah minda silat. Perkembangan sudah terserlah dengan menewaskan Malaysia di Korat…m/s 36.
  • Silat dalam permainan video? Syarikat permainan online DGAMES dari Belanda sudah menjengah prospek silat dan Malaysia untuk pasaran permainan terbaru keluarannya…m/s 39.
  • Sanggup serah diri kerana setitis ilmu. Khairul Asyraf Jaapar bertekad sebegitu kerana sudah ketemu ilmu yang di cari-cari walaupun tidak tersangka begitu rupanya…m/s 42.
  • Mata dunia dalam SENI BELADIRI. Dari gerak kung fu Cina yang tersebar ke Okinawa terilhamnya karate, ilmu beladiri pukulan tangan Cina…m/s 60.


JANUARI 2008 (BIL.122)

 Active Image

 
BIL 122 – JANUARI 2008

  • Dr Mat Asin: Dari Tinta tarinya berisi. Setelah gagal menuntut dari datuknya yang menyungkurkan kerbau dengan sepenampar, dipelajari silat perempuan dari nenek. Perjalanan menuntut hingga ke ilmu Imam Bonjol. Pernah jadi penulis di majalah Pendekar. Tulisannya ‘berisi’ kerana menulis dengan diri berilmu…m/s 4.
  • Memberi dan terus memberi kepada masyarakat. Master John Mohd sudah tiada apa hendak di kejar dalam beladiri sebaliknya berpandangan harus mencurah bakti kepada masyarakat kerana di situ peranan sebenar pengamal beladiri...m/s 12.
  • Dragon 3 Projek terbaru Grandmaster Wong yang macam-macam ada …m/s 16.
  • Apa azam anda? Soalan biasa di dengar tiap-tiap awal tahun tetapi berbeza jika yang bertanya sendiri sudah ada jawapan…m/s 19.
  • Buat apa yang ada. Jika sudah namanya dokumentari yang dibuat dalam jangka masa dua-tiga hari. Sudah dalam congakan akan berlaku perkara kelam kabut dan kurang senang sepanjang penggambaran Human Weapon-Silat. Lagi takut bila memikirkan hasilnya nanti…m/s 20.
  • Harimau Di Sangka Singa. Kesilapan Sang Nila Utama memberi nama kepada sebuah negara yang akhirnya menjadi kuasa besar ekonomi dan juga makin mengancam dalam kejuaraan silat sedunia…m/s 36.
  • Jamaluddin tuntut atas amanah. Amanah penyebab dia sanggup merantau ke Malaysia dan menumpang tidur dalam masjid…m/s 36.
  • Ikut resmi padi, tapi deras berisi. Resmi padi di jadikan petua badik. Hasilnya, jadi cepat dan mudah…m/s 54.
  • Sampaikan niat, pasang telinga dan rasa tangan guru. Tips sukan tempur kelolaan Azlan Ghanie memberi petua untuk atlit memaksimumkan pencapaian dan konsistensi diri. Kenali diri…m/s 59.
  • Musuh yang berhati singa. Salahuddin muncul dan mengejutkan dunia Eropah kerana beliau berjaya menawan kembali Baitul Maqdis yang telah seratus tahun jadi milik tentera Salib. Bertemu pertemuan buku dengan ruas apabila muncul seorang raja bergelar ‘Hati Singa'...m/s 63.

 

 

MAJALAH KELUARAN LEPAS BOLEH DI LIHAT DI BAHAGIAN KOLEKSI.

SILA HUBUNGI SENIBELADIRI JIKA ANDA BERMINAT MENDAPATKAN KELUARAN YANG LEPAS.

 
(C) 2008 Seni Beladiri - Unity Through Martial Arts
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Penafian : AGM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa